Logo

MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

SYARAT-SYARAT PERKHIDMATAN KUTIPAN SISA DOMESTIK DARI RUMAH KE RUMAH MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN

Kadar bayaran perkhidmatan sebanyak RM60.00 SETAHUN akan dikenakan bagi tahun seterusnya dan perlu dijelaskan selewat-lewatnya 30 JANUARI setiap tahun bagi memastikan Perkhidmatan Kutipan Sisa Domestik dari rumah ke rumah dijalankan di rumah kediaman masing-masing.

Kutipan sisa domestik hanya dijalankan ke atas tong sampah yang disediakan oleh pemilik rumah yang mengikut SPESIFIKASI YANG TELAH DITETAPKAN OLEH MPD dan mempunyai pelekat serta nombor siri.

Perkhidmatan kutipan sisa domestik tidak akan dijalankan sekiranya TONG SAMPAH yang disediakan TIDAK MENGIKUT SPESIFIKASI yang telah ditetapkan oleh MPD walaupun telah membuat BAYARAN PERKHIDMATAN.

Pemilik rumah boleh memohon semula pelekat yang baru dengan pihak MPD sekiranya hilang atau rosak dengan kadar bayaran RM 10.00.

Perkhidmatan ini hanya meliputi kutipan sisa pepejal bagi sisa domestik iaitu SISA DAPUR SAHAJA. Sampah selain SISA DAPUR tidak akan dijalankan kutipan dan perlu dilupuskan sendiri oleh pemilik rumah.

Jenis sisa pepejal yang TIDAK TERMASUK di dalam perkhidmatan ini adalah sebagaimana berikut:

Bil Jenis Sisa Pepejal Keterangan
1. Sisa Pukal Kelengkapan rumah seperti tilam lama, perabot rosak, barangan elektrik rosak seperti mesin basuh, peti sejuk dan lain-lain.
2. Sisa Kebun Hasil tebangan pokok seperti dahan dan ranting kayu, pelepah kelapa, semak samun hasil pembersihan kawasan dan lain-lain.
3. Sisa Binaan Batu konkrit, pasir atau simen hasil pembinaan rumah atau pembaikian rumah dan lain-lain.
4. Lain-Lain Pasir kucing, bangkai, sampah klinikal, bahan-bahan kimia berbahaya dan lain-lain.

Kutipan sisa domestik hanya dijalankan SATU (1) KALI SEHARI SAHAJA (mengikut jadual kutipan yang telah ditetapkan iaitu tiga (3) kali seminggu) bermula jam 7.30 pagi hingga 4.30 petang di kawasan rumah kediaman masing-masing. Sila pastikan tong sampah dikeluarkan sebelum jam 7.30 pagi pada hari kutipan dijalankan.

Sila pastikan sisa domestik dimasukkan ke dalam plastik sampah yang bersesuaian dan diikat dengan kemas sebelum dibuang ke dalam tong sampah bagi mengelakkan tumpahan sisa berlaku. Sisa domestik yang diletakkan di luar tong sampah tidak akan dikutip.

MPD tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kerosakan atau kehilangan tong smpah milik tuan/puan.

SILA AMBIL PERHATIAN bahawa Majlis Perbandaran Dungun berhak membatalkan perkhidmatan ini sekiranya tuan/puan gagal mematuhi syarat-syarat yang telah ditetapkan

Kerjasama dan keprihatinan pihak tuan dalam usaha untuk meningkatkan kualiti kebersihan dan keindahan di Daerah Dungun amatlah dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Dengan Perintah:

YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN DUNGUN


Saya faham dan bersetuju dengan semua syarat.